Skip to main content

Mikroskop Isi kandungan Sejarah | Lihat juga | Rujukan | Pautan luar | Menu pandu arah"2 Americans, 1 German win chemistry Nobel""2 Americans and a German Are Awarded Nobel Prize in Chemistry"Albert Van Helden, Sven Dupré, Rob Van Gent, Huib Zuidervaart, The Origins of the Telescope, pages 32-36"Lives of the Necromancers"The Diamond LensMikroskop

Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani PurbaMikroskop


Bahasa Yunani KunokantaHans LippersheyRoger BaconGalileo GalileiRobert HookeAntony van LeeuwenhoekAugust Köhler












Mikroskop




Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.






Jump to navigation
Jump to search











Mikroskop majmuk
KegunaanPemantauan sample kecil
Notable experiments
Jumpaan sel
PenciptaZacharias Janssen
Item berkaitan
mikroskop optik mikroskop elektron


Mikroskop kurun ke-18 dari Musée des Arts et Métiers, Paris


Mikroskop (dari Bahasa Yunani Kuno: μικρός, mikrós, "kecil" dan σκοπεῖν, skopeîn, "melihat" atau "lihat") adalah peralatan makmal yang digunakan untuk melihat objek yang terlalu kecil bagi mata kasar. Bidang sains yang menyiasat objek kecil menggunakan alat sedemikian dikenali sebagai mikroskopi. Mikroskopik bermakna tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali dengan bantuan mikroskop.


Terdapat banyak jenis mikroskop. Yang paling biasa (dan yang pertama dicipta) adalah mikroskop optik, yang menggunakan cahaya pada imej sampel. Jenis utama mikroskop lain adalah mikroskop elektron (kedua-dua mikroskop pemancar elektron dan mikroskop pengimbasan elektron), ultramikroskop, dan pelbagai jenis mikroskop prob imbasan.


Pada 8 Oktober 2014, Hadiah Nobel dalam Kimia telah dianugerahkan kepada Eric Betzig, William Moerner dan Stefan Hell bagi "pembangunan penyelesai-super mikroskop pendarfluor," yang membawa "mikroskop optik ke dalam dimensi nano".[1][2]




Isi kandungan





  • 1 Sejarah

    • 1.1 Kebangkitan mikroskopi cahaya moden



  • 2 Lihat juga


  • 3 Rujukan


  • 4 Pautan luar




Sejarah |


Mikroskop pertama yang dibangunkan adalah mikroskop optik, sungguhpun pencipta asal sukar dikenal pasti. Terdapat bukti yang menunjukkan kemunculan mikroskop majmuk pertama di Belanda dalam tahun 1590-an, kemungkinan ciptaan pembuat kanta di sana,[3]Hans Lippershey (yang membangunkan teleskop awal) dan Zacharias Janssen (juga mendakwa sebagai pencipta teleskop). Terdapat dakwaan lain bahawa mikroskop dan teleskop dicipta oleh Roger Bacon dalam 1200-an, [4] tetapi hal ini tidak dibuktikan. Giovanni Faber mencipta nama mikroskop untuk mikroskop majmuk Galileo Galilei pada tahun 1625. [5] (Galileo telah menggelarkan alatnya sebagai occhiolino atau "mata kecil").



Kebangkitan mikroskopi cahaya moden |


Gambaran terperinci mengenai pembinaan dalaman bagi tisu hidup berdasarkan penggunaan mikroskop tidak muncul sehingga 1644, dalam L'occhio della mosca ("Mata Lalat") nukilan Giambattista Odierna.[6]


Mikroskop hanya dapat digunakan secara meluas selewat 1660-an dan 1670-an bagi penyelidikan di Itali, Belanda dan England. Marcelo Malpighi di Itali mula menganalisa struktur biologi bermula dengan sel paru-paru. Micrographia karya Robert Hooke memberikan kesan besar terhadap minat umum mengenai pendekatan mikroskopi ini, terutamanya disebabkan ilustrasi gambaran pemerhatian Hooke yang mengagumkan. Sumbangan terbesar dalam pembangunan mkiroskopi moden ini datangnya dari Antony van Leeuwenhoek yang menjumpai sel darah merah dan spermatozoa, seterusnya membantu mempopularkan mikroskopi sebagai satu teknik melihat struktur biologi. Pada 9 Oktober 1676, Van Leeuwenhoek melaporkan penemuan mikroorganismanya.[6]


Keupayaan mikroskop cahaya bergantung kebanyakannya bergantung pada bagaimana sampel diterangi dan juga bagaimana ia dipantau. Peralatan awal terhad sehingga prinsip ini dihargai sepenuhnya dan berkembang serta wujudnya lampu elektrik yang boleh dipergunakan kuasa lebih tingginya sebagai sumber cahaya. Cereka pertama membabitkan mikrokosma kemungkinannya dipelopori "The Diamond Lens" tulisan Fitz-James O'Brien yang menceritakan kisah seorang ahli sains yang mencipta mikroskop berkuasa dan menjumpai seorang wanita cantik yang hidup di dunia mikroskopik dalam setitik air. [7] Pada tahun 1893, August Köhler membangunkan prinsip utama pencahayaan sampel iaitu "pencahayaan Köhler" yang merupakan perkara penting untuk mencapai had teori mikroskop cahaya. Kaedah pencahayaan sampel menghasilkan cahaya sekata dan mengatasi kontras terhad dan resolusi yang dihadkan oleh teknik awal pencahayaan sampel. Perkembangan lebih lanjut dalam pencahayaan sampel datang dari penemuan fasa bertentangan oleh Frits Zernike pada tahun 1953, dan pencahayaan perbandingan gangguan pengkamiran oleh Georges Nomarski pada tahun 1955; kedua-duanya membolehkan pengimejan sampel lutsinar tanpa diwarnakan.



Lihat juga |


  • Mikroskopi

  • Teleskop

  • Mikroskop ringkas

  • Mikroskop optik

  • Mikroskop elektron




Rujukan |




  1. ^ Ritter, Karl; Rising, Malin (October 8, 2014). "2 Americans, 1 German win chemistry Nobel". AP News. Dicapai October 8, 2014. 


  2. ^ Chang, Kenneth (October 8, 2014). "2 Americans and a German Are Awarded Nobel Prize in Chemistry". New York Times. Dicapai October 8, 2014. 


  3. ^ Albert Van Helden, Sven Dupré, Rob Van Gent, Huib Zuidervaart, The Origins of the Telescope, pages 32-36


  4. ^ William Godwin (1876). "Lives of the Necromancers". 


  5. ^ Gould, Stephen Jay (2000). "Chapter 2: The Sharp-Eyed Lynx, Outfoxed by Nature". The Lying Stones of Marrakech: Penultimate Reflections in Natural History. New York, N.Y: Harmony. ISBN 0-224-05044-3. 


  6. ^ ab Wootton, David (2006). Bad medicine: doctors doing harm since Hippocrates. Oxfordshire: Oxford University Press. ISBN 0-19-280355-7. [halaman diperlukan]


  7. ^ Fitz-James O'Brian, "The Diamond Lens" at Project Gutenberg




Pautan luar |







Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mikroskop&oldid=4264847"










Menu pandu arah



























(RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgPageParseReport":"limitreport":"cputime":"0.304","walltime":"0.406","ppvisitednodes":"value":575,"limit":1000000,"ppgeneratednodes":"value":0,"limit":1500000,"postexpandincludesize":"value":14714,"limit":2097152,"templateargumentsize":"value":1520,"limit":2097152,"expansiondepth":"value":14,"limit":40,"expensivefunctioncount":"value":1,"limit":500,"unstrip-depth":"value":0,"limit":20,"unstrip-size":"value":6568,"limit":5000000,"entityaccesscount":"value":0,"limit":400,"timingprofile":["100.00% 372.823 1 -total"," 49.78% 185.597 1 Templat:Lang-grc"," 48.88% 182.220 1 Templat:LangWithName"," 48.41% 180.484 2 Templat:Lang"," 30.76% 114.689 1 Templat:Reflist"," 11.34% 42.263 1 Templat:Infobox_laboratory_equipment"," 10.72% 39.948 2 Templat:Cite_news"," 10.63% 39.637 1 Templat:Page_needed"," 10.21% 38.063 1 Templat:Infobox"," 9.28% 34.596 1 Templat:Ifsubst"],"scribunto":"limitreport-timeusage":"value":"0.202","limit":"10.000","limitreport-memusage":"value":11646192,"limit":52428800,"cachereport":"origin":"mw1330","timestamp":"20190627144846","ttl":2592000,"transientcontent":false););"@context":"https://schema.org","@type":"Article","name":"Mikroskop","url":"https://ms.wikipedia.org/wiki/Mikroskop","sameAs":"http://www.wikidata.org/entity/Q196538","mainEntity":"http://www.wikidata.org/entity/Q196538","author":"@type":"Organization","name":"Contributors to Wikimedia projects","publisher":"@type":"Organization","name":"Wikimedia Foundation, Inc.","logo":"@type":"ImageObject","url":"https://www.wikimedia.org/static/images/wmf-hor-googpub.png","datePublished":"2003-10-29T05:02:51Z","dateModified":"2018-01-01T07:00:10Z","image":"https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/a5/Compound_Microscope_%28cropped%29.JPG"(RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgBackendResponseTime":130,"wgHostname":"mw1319"););

Popular posts from this blog

Invision Community Contents History See also References External links Navigation menuProprietaryinvisioncommunity.comIPS Community ForumsIPS Community Forumsthis blog entry"License Changes, IP.Board 3.4, and the Future""Interview -- Matt Mecham of Ibforums""CEO Invision Power Board, Matt Mecham Is a Liar, Thief!"IPB License Explanation 1.3, 1.3.1, 2.0, and 2.1ArchivedSecurity Fixes, Updates And Enhancements For IPB 1.3.1Archived"New Demo Accounts - Invision Power Services"the original"New Default Skin"the original"Invision Power Board 3.0.0 and Applications Released"the original"Archived copy"the original"Perpetual licenses being done away with""Release Notes - Invision Power Services""Introducing: IPS Community Suite 4!"Invision Community Release Notes

Canceling a color specificationRandomly assigning color to Graphics3D objects?Default color for Filling in Mathematica 9Coloring specific elements of sets with a prime modified order in an array plotHow to pick a color differing significantly from the colors already in a given color list?Detection of the text colorColor numbers based on their valueCan color schemes for use with ColorData include opacity specification?My dynamic color schemes

In Tikz, how to set a node's label alignment to the left?Rotate a node but not its content: the case of the ellipse decorationHow to define the default vertical distance between nodes?Numerical conditional within tikz keys?TikZ/ERD: node (=Entity) label on the insideLine up nested tikz enviroments or how to get rid of themVertically align a tikzpicture and forestDrawing tikz line in the margin for multiple pagesLongtable, contained tikz, padding, custom columns, and an alignment issueTikZ: define arrow starting position based on style and format node labelAlign node name in Tikz